You cannot copy content of this page

Butik Sellection Yang Awalnya Diusahakan Oleh Seorang Personal Shopper

Di sini sebenarnya permulaan Butik Sellection..

Nak mulakan perniagaan butik bukan sesuatu yang mudah. Kena harungi pelbagai cabaran dan liku. Paling penting, usaha. Siapa sangka, pengasas Butik Sellection ni adalah seorang wanita yang merupakan personal shopper pada awalnya!

Jika anda sudah kenal lebih rapat dengan pengasas Butik Sellection, anda akan tahu yang dia sangat mesra orangnya. Tu la, tak kenal maka tak cinta la orang kata kan..

Kenal lebih rapat dengan Rafidah, pengasas yang mengusahakan Butik Sellection

Inilah pengasas Butik Sellection! Puan Nor Rafidah Khairuddin, dipanggil mesra Rafidah, telah menjadi trusted seller selama 4 tahun. Beliau menjual barangan berjenama yang original. Paling penting, harga dijual adalah harga mampu milik.

Untuk makluman, Rafidah berstatus penduduk tetap di Montreal, Kanada. Beliau telah pergi sendiri butik di sana untuk beli barang dan menjualnya di Malaysia. Beliau turut beli barangan tempahan di USA dan negara Eropah. Anda boleh lihat sendiri koleksi yang beliau ada di Butik Sellection.

 

Apa sebab Rafidah mulakan perniagaan sebegini?

Anda pasti mula tertanya. Kenapa Rafidah sanggup ke luar negara untuk membeli barang dan menjualnya semula di Malaysia? Tak susah ke? Ini jawapan beliau,

“Saya menjual barangan ini kerana saya ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Saya juga mahu memberikan pengalaman istimewa kepada pembeli seolah membeli terus dari butik dan outlet. Walaupun saya seorang penjual, saya juga adalah rakan alam maya anda. Saya sentiasa menambah koleksi barangan dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik agar dapat merealisasikan impian pembeli semua. Saya memiliki ramai pelanggan tetap. Alhamdulillah.”

Atas usaha dan niat baik Rafidah, beliau kini mampu membuka Butik Sellection. Sekarang, anda juga boleh memiliki barangan berjenama yang original dengan harga mampu milik. Bagus tu. Paling menarik, ada satu lagi tawaran menarik yang anda boleh dapat di Butik Sellection.

Anda boleh buat bayaran penuh atau secara ansuran

Sejak Butik Sellection ditubuhkan, semakin ramai followers yang mengikuti perkembangan Rafidah di media sosial. Lebih-lebih lagi, anda boleh membuat bayaran penuh atau bayaran ansuran sebanyak 3 kali di Butik Sellection. Ansuran adalah seperti berikut:

Bayaran Pertama (40%) – Deposit

Bayaran Kedua (30%) – Sebulan selepas Deposit

Bayaran Ketiga (30%) – Sebulan selepas Bayaran Kedua

** 3x Pelan Pembayaran – Barangan RM1000 dan ke atas

** 2x Pelan Pembayaran – Barangan RM600 hingga RM999

Anda boleh contact #TeamSellection melalui Whatsapp, Facebook atau Email.

Begitulah sedikit sebanyak yang kami dapat kongsikan kali ini. Jangan lupa untuk selalu mengikuti perkembangan terkini Butik Sellection melalui website kami di www.sellection.com. Banyak lagi cerita yang kami nak bagitahu, tapi nantikan saja okay!

— Team Sellection

Related Post