You cannot copy content of this page

Sellection.com

Blog Istimewa dari Rafidah dan #TeamSellection

17 Tempat Menarik di Paris (Bukan Sekadar Eiffel Tower)

17 Tempat Menarik di Paris (Bukan Sekadar Eiffel Tower)

Anda dalam perancangan hendak melawat tempat menarik di Paris dalam masa terdekat?

Rata-rata pelancong menganggap lawatan ke Eiffel Tower sebagai lokasi penting apabila bercuti ke negara berkenaan.

Di sini kami kongsikan banyak lagi lokasi dan tumpuan lain apabila anda jalan-jalan ke Paris.

Paris sering kali dikenali sebagai kota cinta. Ramai pasangan yang baru berkahwin memilih destinasi ini sebagai pilihan bulan madu mereka.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang gemar membeli-belah, bandar ini juga terkenal dengan pusat barangan mewah dan berjenama, sekaligus tersohor sebagai syurga fesyen dunia.

Atas faktor popularitinya, Paris pernah diangkat sebagai bandar nombor satu dunia yang menjadi tumpuan pelancong pada tahun 2015, sebagaimana data yang dikeluarkan oleh United Nation World Organization’s (UNWTO).

Pada 2018, Paris menduduki tangga ke 6 dari 10 negara dalam senarai Top 10 City Destination oleh Wouter Geerts.

Paris bukan dikenali kerana Eiffel Tower semata-mata. Di bawah kami senaraikan 17 lokasi menarik yang anda bileh lawati jika berkunjung ke Paris.

 

1.Palace of Versailles

Anda boleh memasuki kawasan istana dengan taman yang indah secara percuma jika anda datang pada hari Ahad setiap minggu pertama.

Keindahan istana ini sering menjadi tumpuan kerana ia dihias dengan emas, kristal dan permata yang mewah.

Pembinaan di sebalik istana ini amat unik dan dinasihatkan untuk membaca sejarah berkenaannya terlebih dahulu sebelum lawatan.

2. Luxembourg Gardens

Landskap daun menghijau dan warna-warni dari bunga-bungaan yang subur menjadi lokasi tumpuan orang ramai ke sini.

Orang ramai yang melawat taman ini juga pasti tidak melepasi peluang untuk bergambar di kawasan air pancur.

Pengunjung juga boleh bermain bot mini, melihat persembahan jalanan dan teater boneka bertali serta menunggang kuda padi.

3. Louvre Museum

Tahukah anda, Louvre Museum merupakan muzium seni paling besar di dunia dan sentiasa dikunjungi oleh mereka yang mencintai seni dan sejarah.

Anda boleh melihat secara dekat koleksi seni mahal dari tokoh tersohor dunia seperti ‘Mona Lisa’ daripada Leonardo da Vinci dan ‘Dying Slave’ daripada Michaelangelo.

4. Cathedrale Notre Dame de Paris

Ia merupakan gereja lama dan masih berfungsi sebagai pusat ibadat bagi masyarakat Kristian Katolik.

Bangunan ini juga dikenali sebagai gereja terbesar di Paris dan di dunia.

Untuk masuk ke bangunan ini, pengunjung dinasihatkan untuk memakai pakaian sopan.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada sesiapa yang mengunjungi lokasi ini. Malah anda juga boleh melawar sebuah taman yang terletak di belakang gereja berkenaan.

5. Seine River

Sekiranya anda berkunjung ke Eiffel Tower, luangkan sedikit masa ke Seine River, atau dikenali sebagai sungai cinta.

Dengan menaiki cruise boat, anda boleh melihat banyak love locks di sepanjang 30 jambatan sambil menikmati kecantikan kota Paris.

Untuk lebih romantik, apa kata anda naik cruise boat pada waktu malam.

6. Porte de Clignancourt Flea Market

Bagi anda yang gemarkan barangan vintaj, antik sama ada hiasan rumah atau peribadi, ini adalah lokasi anda anda.

Kebanyakan barangan yang dijual dengan harga berpatutan dengan lebih dari 2,000 penjual dengan pelbagai pilihan.

7. Monmartre

Untuk menikmati keindahan Paris dari atas bukit, anda boleh berkunjung ke kawasan ini. Terdapat juga sebuah gereja lama di sini selain pelbagai gerai makanan dengan pelbagai pilihan.

8. Musee d’Orsay

Bangunan galeri seni ini menempatkan karya-karya seperti Cluade Monet’s Blue Water Lillies dan Paul Cezanne’s Appleas and Oranges.

9. Pont Alexandre

Lokasi ini pernah menjadi pilihan bagi penggambaran filem James Bond dan video klip penyanyi Adele yang bertajuk Someone Like You.

Anda boleh menikmati keindahan seni bina jambatan dan pemandangan yang indah di sekelilingnya. Jangan lupa ambil banyak gambar ya!

10. Les Grands Magasins de Paris

Pusat beli-belah yang terkenal di negara ini dan sering menjadi tumpuan poara pelancong untuk mendapatkan barangan berjenama terkenal.

11. Parc des Buttes Chaumont

Sekiranya anda ingin mendapatkan udara segar dan suasana tenang, pastikan anda melawat lokasi ini yang merupakan taman kelima terbesar di Paris.

Ada boleh mengenal pelbagai spesies itik dan burung eksotik di sini. Bayaran? Percuma saja!

12. Les Catacombes

Kawasan ini merupakan kubur bawah tanah terkenal di negara ini dengan kepanjangan 300 kilometer dan memuatkan lebih dari 6 juta tulang manusia.

Untuk satu-satu masa, tempat ini hanya boleh memuatkan 200 orang sahaja.

Sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan dan ketakutan melampau tidak disarankan mengunjungi tempat ini, termasuk anak kecil dan orang tua yang uzur.

Adalah digalakkan membeli tiket secara talian lebih awal supaya tidak perlu beratur panjang.

13. Place de la Concorde

Ia merupakan sebuah dataran yang besar dengan dihiasi tugu-tugu kepala wanita di lapan penjurunya, sebagai lambang lapan bandar terbesar di Perancis.

Lokasi ini lebih cantik jika dilawat pada waktu malam dengan anda boleh bergambar di tiang-tiang lampu dataran dan air pancur kerana suasananya yang lebih romantik.

14. Champs Elysees Avenue

Sekali lagi, syurga dunia buat anda yang gemar membeli-belah. Pelbagai jenama mewah dan popular boleh didapati di sini, misalnya Louis Vuitton, Sephora dan Adidas.

Syaratnya, pastikan poket anda tebal dan cukup tenaga nak berjalan pusing satu kawasan ni yaa.

15. Arc de Triomphe

Ia merupakan sebuah monumen yang dibina untuk mengingati kemenangan pejuang zaman perang dan menghormati pejuang yang terkorban dalam Perang Revolusi dan Napolean Perancis.

16. Pont Neuf

Ia merupakan jambatan paling tua di Perancis dengan dibina patung King Henry IV. Anda boleh mendapatkan cenderamata yang dijual di sepanjang jalan.

17. Disneyland Paris

Kalau bawa satu keluarga bercuti, apa kata luangkan masa untuk anak-anak untuk melawat kota fantasi ini.

Sehari suntuk di sini pun pasti tak terasa!

Untuk anda yang sedang mencari beg tangan, kasut dan aksesori berjenama mewah namun tidak berkesempatan untuk melancong ke sana, apa kata ‘kirim’ sahaja pesanan itu kepada team Sellection.

Team Sellection kini sedang mengadakan tour satu Eropah.

Anda boleh membuat pesanan untuk pelbagai barangan dari jenama Long ChampFurlaLouis VuittonGucciPradaBalenciagaChanelDior dan koleksi lelaki.

Perincian setiap jenama boleh didapati di sini.



Pre-order boleh dilakukan sehingga 30 September 2019 menerusi Whatsapp atau Facebook Branded Handbags By RafidahPesanan barangan akan diterima pada 14 Oktober depan.

Sellection merupakan ‘one-stop centre’ untuk anda mendapatkan pelbagai pilihan jenama antarabangsa dengan harga berpatutan dan mampu milik. Setiap barangan dijamin asli dan berkualiti.

Puan Rafidah merupakan pengasas Sellection yang bermula sebagai personal shopper selain seorang software tester dan translator di Kanada sejak empat tahun lalu.

Hasil sambutan menggalakkan, beliau membangunkan laman web Sellection dan platform media sosial yang lain untuk memudahkan orang ramai membeli-belah atas talian.

Sellection turut menawarkan :

Set alatan memasak

Pinggan mangkuk

Kosmetik

Jam tangan

Dan bermacam lagi.

Klik sini untuk menghubungi kami.

— Team Sellection