You cannot copy content of this page

Sellection.com

Blog Istimewa dari Rafidah dan #TeamSellection

PS Kongsikan Tips Bagi Yang Ingin Bercuti dan Shopping Di Eropah

PS Kongsikan Tips Bagi Yang Ingin Bercuti dan Shopping Di Eropah

Banyak persediaan yang harus dilakukan ketika ingin bercuti terutama ke luar negara. Kadang-kadang boleh sampai pening kepala dibuatnya apabila melakukan persiapan untuk memastikan percutian lebih bermakna. Dari tempat tinggal, kenderaan, makanan dan lain-lain, mestilah kita inginkan yang terbaik agar percutian lebih indah, terutama jika bersama pasangan atau keluarga.


Sebagai seorang personal shopper yang telah berkecimpung dalam dunia fesyen dan travel selama lima tahun, saya ingin bantu anda dalam merancang percutian ke luar negara terutama di Eropah tanpa perlu pening kepala.

1. KESELAMATAN

A) BARANG PERIBADI

Untuk keselamatan, terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama ialah keselamatan barang peribadi. Kota pelancongan seperti Paris dan Rom memang ramai ‘penyeluk saku’. Jadi, pastikan anda simpan barang-barang berharga seperti handphone dan passport dalam beg yang berzip. Saya cadangkan anda semua pakai beg yang bersilang, tak kisah lelaki atau perempuan untuk menjamin keselamatan anda.

B) KESIHATAN

Bahagian yang kedua ialah kesihatan. Pastikan anda pakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca. Contoh, kalau musim sejuk, pakai jaket yang bersesuaian dengan suhu. Pastikan ada butang di bahagian depan sebab bila cuaca sejuk, kebiasaanya angin yang membuatkan kita jatuh sakit. Tak syok pulak kan percutian anda jika dihabiskan terbaring di hotel sebab jatuh sakit. Anda juga harus sediakan ubat-ubatan seperti Panadol untuk dibawa bersama semasa bercuti.

2. BUAT KAJIAN DESTINASI YANG INGIN DILAWATI


Penting untuk kita tahu kawasan sekeliling Airbnb atau hotel yang kita check-in supaya kita familiar dengan kawasan tersebut. Selain tempat menginap, buat kajian tentang tempat yang kita ingin lawati (contoh – Eiffel Towel, Pisa, Colleseum) . Tahu in advance bagaimana nak kena, pukul berapa tempat dibuka, pengangkutan apa paling sesuai dan sebagainya. Persiapan ini akan menjimatkan banyak masa dan mengelakkan penat.

3. INTERAKSI

Apabila travel ke luar negara, sangat bagus untuk kita belajar bahasa ibunda mereka. Ia akan memudahkan interaksi dengan orang tempatan, lagi senang untuk kita belajar budaya mereka dan faham untuk baca signboard.

Contohnya kalau di Paris, perkataan asas Bahasa Perancis seperti Bonjour (Hello) , Como Ca Va? (How Are You?), Bonsoir (Good Evening), Merci ( Terima Kasih ) bagus untuk dipelajari kita tahu supaya kita nampak lebih friendly kepada orang tempatan.

4. PENGANGKUTAN

Anda semua boleh pilih untuk naik pengangkutan dengan menyewa kenderaan atau menaiki pengangkutan awam. Tapi saya syorkan anda menaiki Metro, keretapi bawah tanah kerana sangat mudah dan kondusif serta perjalanan menjadi mudah dari satu tempat ke satu tempat. Untuk menyewa kenderaan seperti kereta tiada masalah. Cumanya ialah dari segi pembayaran parking (mahal) dan cari tempat parking. Untuk yang membawa anak kecil, saya cadangkan anda untuk menyewa kereta bagi menjamin keselesaan anak-anak. Waktu musim sejuk juga lebih selesa untuk menaiki kereta.

5. MAKANAN

Perkara pertama yang difikirkan apabila nak travel, terutama pada orang Malaysia ialah makanan. Persoalan seperti apa yang kita nak makan di sana? Ada tak makanan halal? menjadi soalan lazim ketika bercuti. Soal makanan tidak jadi masalah kerana kita boleh bawa juga makanan dalam tin. Di Paris, basic makanan yang akan ada pada waktu pagi ialah quaker oat, susu, telur dan roti boleh dibeli di sini. Jangan risau, kebanyakan negara di Eropah pasti ada Kedai Muslim yang jual makanan halal. Ataupun pergi sahaja di SuperMarket dan beli udang, ikan atau telur. Frozen food pun tak apa. Sekiranya anda menginap di Airbnb atau homestay, mesti orang Malaysia prefer untuk masak sendiri kan? Jadi tidak ada masalah untuk mencari barang basah. Saya cadangkan cuba rasai local food. Contohnya di Paris, rasailah croissant dan di Itali pula, makan pizza yang semestinya punyai rasa berbeza dengan makanan di negara kita.

6. SHOPPING


Tips terakhir yang ramai orang tanyakan kepada saya ialah tips shopping. Di Eropah banyak tempat-tempat yang menarik untuk anda membeli-belah. Ada butik dan outlet. Sekiranya anda ingin shopping, pastikan anda beli barangan jenama Eropah contohnya Furla, Louis Vuitton, Longchamp, Prada, Gucci. Semua jenama ini berasal dari Eropah. Saya tak cadangkan untuk beli barang jenama seperti Coach, Michael Kors kerana harganya akan menjadi sangat-sangat mahal dan tak berbaloi. Selain daripada itu, bila anda dah shopping di sini, jangan lupa untuk claim Value Added Tax (VAT), iaitu anda mungkin akan menerima 10% hingga 13%.

Diharapkan tips yang saya berikan kepada anda ini bermanfaat untuk anda merancang percutian indah di Eropah dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan dan keluarga anda. Semoga percutian anda menjadi lebih mudah dengan tips ini.

— Nor Rafidah Khairuddin