You cannot copy content of this page

Sellection.com

Blog Istimewa dari Rafidah dan #TeamSellection

Set Pinggan Corelle Ini Digilai Ramai (Cepat Dapatkannya)

Set Pinggan Corelle Ini Digilai Ramai (Cepat Dapatkannya)

Kelengkapan set pinggan mangkuk yang sangat dipercayai dan digemari ramai kini boleh didapati secara online. Salah satu jenama terkenal adalah set pinggan Corelle.

Tidak lengkap rasanya set pinggan mangkuk di rumah tanpa adanya daripada jenama Corelle. Dibuat daripada bahan unik yang dipanggil Vitrelle, set pinggan Corelle bukan sahaja cantik dan praktikal untuk digunakan, malah ada yang menganggapnya sebagai lambang kemewahan.

Banyak faktor yang akan menyumbang kepada pemilihan dan pembelian pinggan mangkuk. Kebiasaannya, pembeli akan melihat kepada ketahanan, tahan calar dan tidak pecah dan tahan kepada suhu tinggi ketuhar gelombang mikro.

Kami yakin majoriti wanita di Malaysia sangat kenal dengan jenama ini. Corelle dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 1970-an dari Amerika Syarikat dan terus diminati sehingga ke hari ini.

Jika ditanya, peminat setia Corelle pasti mengakui kualiti dan ketahanan jenama ini walaupun dipakai berkali-kali. Lebih penting, ia juga tahan lama.

 

 

Tak percaya? Lihat sahaja koleksi pinggan Corelle yang dipakai oleh mak-mak kita, ada yang lebih dari 20 tahun namun rupanya masih elok.

Kami kongsikan 10 sebab mengapa anda mesti pilih set pinggan mangkuk dari Corelle untuk kegunaan seisi keluarga di rumah.

 

  • Tahan pecah
  • Ringan
  • Selamat digunakan
  • Terdapat banyak corak dan warna yang menarik
  • Menjimatkan ruang untuk disimpan kerana buatannya nipis dan boleh dimampatkan
  • Corak yang tidak mudah pudar dan luntur walaupun digunakan berkali-kali
  • Selamat dicuci
  • Tahan retak
  • Selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan penyejuk beku.
  • Harga berpatutan

 

Corelle sentiasa tampil dengan pelbagai rekaan set pinggan mangkuk yang terbaru dan segar.

corelle winter frost 24pc

Kali ini, jenama ini hadir dengan set Corelle Winter Frost 24 pieces – rekaan bewarna putih dengan konsep ringkas namun tetap kelihatan elegan.

Anda boleh dapatkan set pinggan Corelle terbaru ini dengan harga RM280.50 sahaja hanya di Sellection.

Dengan harga yang berpatutan, anda tidak perlu risau lagi. Kesemua barangan Corelle yang dijual di Sellection diambil terus daripada butik jenama itu sendiri di Amerika Syarikat.

Set pinggan Corelle 24 keping ini mengandungi :

4 biji pinggan

4 biji mangkuk sup dan bijirin

4 biji pinggan roti

4 biji cawan

2 biji mangkuk bersaiz besar

 

Lebih menarik, set ini juga didatangkan dengan enam penutup khas iaitu dua biji untuk mangkuk bersaiz besar dan 4 biji lagi untuk mangkuk sup dan bijirin.

Jadi ibu-ibu tak perlu risau sekiranya ada makanan yang tidak habis, tak perlu lagi ditukar dan disimpan di dalam bekas yang lain, sebaliknya hanya menggunakan penutup dari set yang sama.

Penutup berwarna putih itu diperbuat daripada plastik yang bebas kandungan BPA (Bisphenol-A) sekaligus memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pengguna.

Di sini kami kongsikan review set pinggan Winter Frost 24 pieces daripada personal shopper, Rafidah yang juga pemilik Sellection. (Klik gambar untuk pautan video)

 

Tempah set pinggan Corelle dari koleksi Winter Frost 24 pieces sekarang dan akan memperolehi koleksi terbaru ini pada Jun depan.

Jika anda meminati jenama Corelle dan mahu memiliki koleksi set pinggan mangkuk yang lain, anda boleh mendapatkannya di Sellection dengan harga yang amat berpatutan.

Kualiti dijamin dan semua barangan diambil terus dari kilang Corelle di Amerika Syarikat.


Sekiranya berminat, anda boleh hubungi melalui Whatsapp di nombor 018-233 8566 atau klik di sini atau follow akaun Instagram dan Facebook mereka.

Anda juga boleh berkunjung ke butik mereka di alamat :

No 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.