You cannot copy content of this page

Sellection.com

Blog Istimewa dari Rafidah dan #TeamSellection

12 Jenama Beg Tangan Mewah Yang Diminati Oleh Wanita

12 Jenama Beg Tangan Mewah Yang Diminati Oleh Wanita

Wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita pastinya ingin memiliki jenama beg tangan mewah untuk kelihatan cantik dan anggun apabila menggayakannya ketika keluar bersiar-siar mahupun ke majlis keramaian.

Bagi wanita, memiliki beg tangan bukan sekadar keperluan tetapi lambang dan prestij. Oleh kerana itu, wanita di Malaysia mampu memiliki lebih daripada sebuah beg tangan berjenama. Ada yang sanggup berbelanja semata-mata mahu memiliki koleksi jenama beg tangan mewah yang berada di pasaran.

Berikut adalah 12 jenama beg tangan wanita yang popular.

 

  1. Coach

Coach adalah sebuah jenama beg tangan mewah yang berasal dari Amerika Syarikat. Coach menawarkan pelbagai koleksi beg tangan yang bergaya dan unik. Bagi wanita yang mahukan beg tangan wanita yang bergaya dan tahan lama, beg tangan Coach sememangnya menjadi pilihan yang terbaik.

 

Siapa yang tidak menyukai beg tangan yang cantik dan besar dalam koleksi beg tangan mereka? Beg tangan Coach ada ciri-ciri yang anda ingini.

 

  1. Michael Kors

Salah satu jenama beg tangan terkenal, Michael Kors adalah pilihan ramai wanita. Diasaskan oleh pereka fesyen Amerika Syarikat bernama Michael David Kors. Beliau juga menjual aksesori, jam tangan, barang kemas, kasut dan wangi.

Terdapat beberapa kategori beg seperti Handbags, Purse, Crossbody dan Backpack yang boleh ditempah melalui personal shopper untuk beg tangan Michael Kors yang original.

 

Jenama beg tangan terkenal dari USA, Michael Kors

 

  1. Louis Vuitton

Jenama Louis Vuitton atau LV sememangnya menjadi idaman ramai wanita. LV diminati kerana penghasilan beg tangan mewah berkualiti tinggi.

LV diasaskan pada tahun 1854 oleh pereka bernama Louis Vuitton di Perancis. Jenama ini menghasilkan produk berjenama mewah yang berkualiti tinggi daripada barang kulit, kasut, jam tangan, barang kemas, aksesori sehinggalah kepada beg tangan.

 

Jenama Louis Vuitton menyerlahkan status pemakainya.

 

  1. Furla

Furla adalah sebuah syarikat barangan mewah dari Itali yang dicetuskan oleh keluarga Furlanetto pada tahun 1927. Furla mempunyai produk yang direka khas terdiri daripada beg tangan, kasut serta aksesori fesyen.

Mereka menghasilkan beg tangan berkualiti tinggi dengan rekaan yang menarik. Sesuai untuk wanita yang gemarkan rekaan pereka Itali.

 

Kualiti rekaan jenama Itali, Furla

 

  1. Longchamp

Longchamp adalah sebuah syarikat barangan kulit mewah Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1948 oleh Jean Cassegrain. Pada mulanya, beliau menjalankan perniagaan barangan kulit seperti dompet, penutup paspot dan sebagainya.

Pada tahun 1970-an, Longchamp mencipta koleksi bagasi dengan kulit ringan yang seumpamanya pada waktu itu. Inovasi ini membawa kepada rekabentuk beg tangan wanita yang dikenali di seluruh dunia iaitu Le Pliage.

Le Pliage adalah tas bersaiz sederhana yang memenuhi semua keperluan wanita seharian.

 

Rekaan beg tangan Le Pliage menggabungkan ciri-ciri kewanitaan dan minimalis.

 

  1. Fossil

Fossil adalah jenama pereka fesyen Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 1984 oleh Tom Kartsotis. Mereka juga adalah pembuat aksesori berlesen untuk jenama-jenama fesyen besar  seperti Emporio Armani, DKNY, Diesel, Burberry, Armani Exchange dan lain-lain.

Selain jam tangan dan perhiasan, Fossil menawarkan beg tangan wanita dengan fesyen terkini serta vintage. Setiap beg wanita yang dihasilkan dapat menggabungkan ciri-ciri kontemporari dengan penampilan individu yang unik.

 

Beg satchel daripada Fossil terkenal dengan kelembutan dan tahan lama sepanjang masa.

 

  1. Prada

Prada adalah sebuah jenama beg tangan yang popular berasal dari Itali. Bermula sebagai kedai barangan kulit, syarikat beg tangan mewah ini ditubuhkan pada tahun 1913 oleh Mario Prada dan abangnya Martino. Keistimewaan Prada adalah ianya diperbuat daripada kulit yang berkualiti tinggi serta imej vintej yang menawan.

 

Beg Prada yang dilengkapi perkakasan emas bagi mengekalkan imej vintej untuk beg tangan wanita

 

 

  1. Gucci

Gucci adalah salah satu jenama fesyen dan barangan kulit mewah popular. Diasaskan oleh Guccio Gucci di Florence pada tahun 1921, jenama Gucci adalah sering menghiasi ruang majalah dan billboard di serata dunia.

Dalam senarai Forbes World’s Most Valuable Brands list, Gucci berada di kedudukan ke-38 jenama paling berharga, sekaligus menjadikan Gucci adalah beg tangan mewah yang paling diminati dan digilai wanita.

 

 

Variasi warna, bentuk, dan kulit serta ditatah batu permata sebagai hiasan pada beg tangan menjadikan wanita kelihatan elegan dan anggun

 

  1. Chanel

Sebut sahaja nama Chanel, pasti ramai wanita mengetahui jenama beg tangan wanita ini. Diasaskan di Perancis oleh Alain Wertheimer dan Gérard Wertheimer, Chanel merupakan ikon beg tangan kulit mewah yang menjadi pilihan wanita zaman ini.

Kebanyakan model dan pelakon popular memilih Chanel sebagai koleksi beg tangan yang perlu dimiliki.

 

Rekaan klasik dan moden beg tangan wanita Chanel

 

  1. Hermes Birkin

Sekiranya anda memiliki beg tangan mewah ini, anda mungkin wanita yang paling glamour di dunia!

Hermes merupakan jenama fesyen terkemuka dari Perancis dan menghasilkan beg tangan termahal di dunia iaitu Hermes Birkin.

Penghasilannya sangat teliti sehingga setiap pekerja mereka adalah terlatih dan mempunyai kepakaran untuk menghasilkan sebuah beg tangan wanita yang ikonik. Disebabkan itu, Hermes Birkin menjadi beg tangan idaman setiap wanita.

 

 

Hermes Birkin berada dalam kelas tersendiri senarai beg tangan mewah wanita

 

  1. Kate Spade

Kate Spade adalah sebuah jenama reka bentuk fesyen mewah Amerika yang ditubuhkan pada Januari 1993 oleh Kate dan Andy Spade. Jenamanya menjadi simbol kemegahan ramai wanita.

Beg tote Kate Spade mempunyai ruang yang cukup untuk mengisi barangan keperluan anda. Beg yang tahan lama, mempunyai dua poket dan tempat zip. Anda pasti dipuji oleh rakan ketika memakai beg ini!

 

Beg tangan Kate Spade dengan kualiti bertaraf antarabangsa serta rekaan yang menarik

 

  1. Tory Burch

Tory Burch adalah jenama gaya hidup Amerika yang merangkumi gaya peribadi Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif, Tory Burch. Dilancarkan pada Februari 2004, jenama ini dikenali kerana pengkhususan kepada butiran warna dan eklektik pada kasut sedia dipakai, beg tangan, aksesori, kecantikan dan jam tangan.

Mengetengahkan konsep Bohemian, Tory Burch menjadi pilihan wanita yang gemarkan ciri-ciri estetik dalam fesyen.

 

Beg Tory Burch untuk wanita yang gemarkan ciri-ciri estetik dan Bohemian.

 

Kesimpulan

 

Dengan gabungan fungsi dan kemewahan, beg tangan berjenama sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Tidak kira apa jenis beg tangan mewah yang anda suka, koleksi beg tangan berjenama ini dapat melengkapkan ekspresi fesyen dan aksesori anda.

Sekiranya anda sedang mencari beg tangan wanita berjenama dengan harga yang berpatutan, anda boleh lihat koleksi beg tangan wanita kami atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan pre-order.