You cannot copy content of this page

Sellection.com

Blog Istimewa dari Rafidah dan #TeamSellection

Louis Vuitton: 10 Perkara Menarik Tentang Jenama Handbag Terkenal Ini

Louis Vuitton: 10 Perkara Menarik Tentang Jenama Handbag Terkenal Ini

Memiliki sekurang-kurangnya satu tas tangan Louis Vuitton, atau LV dalam panggilan singkatnya sememangnya menjadi impian setiap wanita.

Rekaan ikoniknya sentiasa segar tidak mengira masa dan keadaan, usia si pemakainya dan majlis yang dihadiri.

Ingin tahu lebih lanjut tentang jenama Louis Vuitton Malaysia? Kami akan terangkan dengan lebih lanjut di sini.

 

pereka louis vuitton

 

Jenama mewah terkenal dunia ini menggunakan nama pengasasnya sendiri, iaitu Louis Vuitton yang lahir pada tahun 1821.

Minat dalam bidang pertukangan akhirnya membolehkan Vuitton menjalankan perniagaan berasaskan bagasi pada tahun 1854.

 

louis vuitton luggage

 

Beliau juga pernah menghasilkan bagasi khas yang diminta oleh isteri Maharaja Perancis iaitu Napoleon III.

Kejayaannya dalam menghasilkan pelbagai barangan berkualiti menimbulkan persaingan sehingga ada yang meniru hasil ciptaannya.

Enggan berdiam diri, pada tahun 1896, Vuitton menghasilkan corak monogram yang unik dan sangat ikonik dan terus kekal sehingga ke hari ini.

 

koleksi louis vuitton malaysia

 

Corak monogram huruf L dan V bersama empat kelopak bunga dengan gaya pola organik diilhamkan dari kombinasi gaya Jepun dan reka bentuk oriental zaman Victoria yang dianggap sebagai kelas sosial tertinggi pada ketika itu.

Antara koleksi terkenal LV di dunia adalah Neverote Tote dan Speedy Bag.

Selepas berjaya dengan koleksi beg tangan, LV tampil dengan barisan pakaian wanita pada tahun 1997, disusuli dengan pakaian lelaki tiga tahun kemudiannya.

Kini LV mempunyai rangkaian produk di seluruh dunia iaitu beg tangan, pakaian, kasut, jam tangan, minyak wangi dan aksesori.

Louis Vuitton dianggap sebagai simbol status bagi si pemakainya. Nak tahu kenapa?

 

lv malaysia

 

10 Perkara Penting Tentang Louis Vuitton Yang Anda Tak Pernah Tahu!

1.Louis Vuitton sebenarnya berasal dari keluarga kelas sederhana. Demi mengejar impiannya, beliau sanggup meninggalkan keluarganya untuk ke kota Perancis di usia awal 13 tahun!

2.Vuitton menghabiskan masa selama dua tahun dengan berjalan kaki untuk ke kota Perancis. Selama tempoh itu beliau berhenti secara berkala dan melakukan kerja sambilan untuk menyara kehidupannya. Wow!

3.Beliau mula bekerja di sebuah kilang membuat bagasi dan dilihat mempunyai kemahiran tinggi dalam penghasilannya sehingga disukai ramai. Ini membuka peluang untuk dirinya mencipta bagasi khas isteri Napolean III.

 

louis vuitton handmade

 

4.Kesemua penghasilan beg tangan LV adalah handmade dan mengambil masa seminggu untuk setiap satu beg tangan.

5.Kesemua beg tangan LV menggunakan material kanvas yang kalis air dan sejenis bahan PVC untuk menjadikan ia tahan api. Ini sebab mengapa LV sangat mahal.

 

louis vuitton speedy

6.Koleksi Speedy mula popular selepas pelakon Audrey Hepburn meminta LV menghasilkan beg itu dalam versi mini dan masih digilai sehingga hari ini.

7.Sebelum dijual, setiap beg tangan LV menjalani ujian lasak dengan menggunakan objek seberat 3.5 kg, dijatuhkan dari ketinggian 0.5 meter selama empat hari berturut. Bahagian zip pula dibuka tutup hingga 5,000 kali untuk memastikan ketahanannya.

 

louis vuitton process

8.Tahukah anda setiap beg tangan dan kasut LV yang tidak terjual akan dikembalikan ke kilangnya di Perancis – dihancur dan dibakar – untuk memastikan produk dan jenama ini kekal eksklusif.

9.Tiada potongan harga diberikan kepada mana-mana koleksi LV yang dijual di butik mereka walaupun jika ada yang tidak terjual.

10.Beg tangan LV sangat timeless. Fesyennya akan kekal walaupun pada 20 tahun akan datang dan masih boleh digayakan dengan yakin!

 

louis vuitton timeless

 

Bergaya Dengan Louis Vuitton Malaysia

 Buat anda yang sedang mencari beg tangan sama ada untuk ke pejabat atau menghadiri majlis seperti perkahwinan, dapatkan koleksi terbaru Louis Vuitton Malaysia hanya di Sellection.

Jangan risau, anda boleh memiliki koleksi Louis Vuitton Malaysia dengan harga berpatutan, dijamin original dan berkualiti serta dibawa terus dari butiknya.

 

gaya louis vuitton malaysia

 

Untuk pengetahuan anda, butik Sellection akan mengadakan Jualan Black Friday 2019 pada November akan datang dengan pelbagai koleksi ready stock di sini.

Jadi, jangan terlepas untuk mendapatkan koleksi beg tangan berjenama mewah hanya di Sellection.

Di Sellection, bukan hanya beg tangan yang dijual, anda juga boleh mendapatkan pelbagai lagi barangan lain seperti :

 

Set alatan memasak

Pinggan mangkuk

Jam tangan

Kosmetik

Dan bermacam lagi.

 

puan rafidah sellection

 

Ikuti laman sosial Sellection di Facebook, Instagram dan Youtube dan lihat bagaimana pengasassnya, Puan Rafidah yang sentiasa update dengan koleksi di butik dan business tripnya.

 

sellection business trip

 

 

Klik Sini Untuk Menghubungi Kami.